Dalam dunia perhiasan barang kemas, trend untuk tempahan barang kemas rekaan sendiri semakin mendapat populariti di kalangan individu yang menghargai keunikan dan personalisasi dalam perhiasan mereka. Berbanding dengan membeli barang kemas sedia ada pembuatan kilang, tempahan emas rekaan sendiri membolehkan pembeli untuk mencipta sesuatu yang benar-benar unik dan melambangkan identiti peribadi mereka.
Oleh sebab itu, Versagold yang telah lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia rekaan dan tempahan emas rekaan khas telah menyenaraikan koleksi terbaik tempahan emas rekaan sendiri yang telah Versagold realisasikan untuk peminat barang kemas.
1. Set Minimalist : Bangle Ukiran Nama dan Cincin Ukiran Nama
Set bangle dan cincin ukiran nama minimalist sememangnya menjadi igauan peminat barang kemas yang inginkan sesuatu yang berbeza pada idea serta rekabentuk. Gaya moden ini nampak elegan serta menyerlahkan personaliti si pemakai. Ia bukan hanya menambahkan sentuhan personal yang eksklusif tetapi juga sesuai untuk digunakan dalam pelbagai situasi, dari acara formal hingga santai.