5 Rekaan Loket Terbaik Versagold

1. Loket Peta Palestin 916

5 rekaan loket terbaik, loket peta palestin
5 rekaan loket terbaik, loket peta palestin

Rekaan yang terbaik dalam 5 rekaan loket terbaik Versagold adalah Loket Peta Palestin 916. Loket berbentuk peta palestin di cetuskan untuk menyatakan tanda sokongan dan solidariti terhadap saudara seagama yang berdepan dengan krisis di Palestin. 

Loket berbentuk peta palestin emas 916 direka khas serta penghasilan secara handcraft untuk dijadikan perhiasan dan ingatan. Tulisan pilihan boleh dilakar di permukaan peta dan tidak akan hilang. Permukaan kemas, cantik dan bersinar. Terlakar rekaan pilihan pada belakang loket dan kotak edisi terhad pada sisinya.

Pemilihan loket emas Palestine tidak hanya berdasarkan kecantikan visualnya tetapi juga atas dasar nilai simboliknya yang mendalam bagi pemakainya.

2. Loket Selendang Palestin 916

5 rekaan loket terbaik, loket selendang palestin
5 rekaan loket terbaik, loket selendang palestin

Loket bermotifkan selendang Palestin yang direka bentuk dengan mengekalkan ciri dan motif tradisional yang terdapat pada selendang Palestin. Selendang Palestin atau juga dikenali sebagai “keffiyeh” adalah sehelai kain yang mempunyai corak kotak-kotak hitam dan putih yang khas, sering kali dipakai sebagai simbol mewakili semangat perjuangan dan ketabahan rakyat Palestin.

Inspirasi dari selendang sutera keffiyeh palestin menjadi loket emas 916. Loket ini dihiasi dengan teliti menggunakan teknik hiasan seperti ukiran atau intipati untuk menggambarkan corak tradisional selendang Palestin. Kelembutan rantaian dihujung memberikan efek beralun dan memukau. 

3. Loket Ukiran Nama 916

5 rekaan loket terbaik, loket ukiran nama
5 rekaan loket terbaik, loket ukiran nama

Loket Ukiran Nama 916 adalah produk yang tertinggi tempahan dari pelanggan. Ukiran seni halus 100% buatan tangan, dengan kemasan yang berkualiti tinggi, menyerlahkan kilauan loket.

Pelanggan boleh memilih jenis tulisan yang diukir seperti tulisan jawi, rumi atau lain-lain.  

4. Loket Ukiran Nama Frame 916

5 rekaan loket terbaik, loket ukiran nama frame
5 rekaan loket terbaik, loket ukiran nama frame

Sesiapapun akan terpegun melihat kilauan dan gemerlapan barangan kemas khususnya emas yang menjadikan penampilan individu nampak mewah dan menyerlah. Ditambah pula dengan ukiran nama atau huruf yang khusus untuk orang yang tersayang bukan hanya menujukkan kasih sayang tetapi sebagai perhiasan yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Loket Ukiran Nama Frame 916 menjadi antara pilihan tertinggi dari pelanggan kerana rekaan yang elegan, moden dan sofistikated. Terdapat 2 pilihan frame bulat atau empat segi.

5. Loket Bunga Hydrangea 916

5 rekaan loket terbaik, loket bunga Hydrangea
5 rekaan loket terbaik, loket bunga Hydrangea

Bunga Hydrangea dikenali sebagai bunga zubaidah, tiga bulan , dan raja deli berasal dari persisiran dan gunung ganang di Jepun. Ianya diberi nama bunga tiga bulan kerana bunga-bunganya mengambil masa tiga bulan untuk mekar sepenuhnya dari tunas bunga. Kecantikan dan keindahan ciptaan tuhan menjadi inspirasi pereka untuk merealisasikan dalam bentuk loket.

Bagi sesiapa yang menghargai seni dan nilai alam semula jadi, loket emas ini adalah pilihan yang sempurna untuk mengekspresikan kasih sayang dan penghargaan mereka.

Dihasilkan menggunakan emas 916 secara pertukangan tangan agar bentuk serta corak bunga lebih kemas dan cantik di pakai. Ekslusif di Versagold.

Apakah anda mencari Loket yang memukau untuk diberikan kepada orang yang tersayang atau sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri? Versagold adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keinginan anda

Mengapa memilih Versagold?

  1. Kualiti Terbaik: Setiap tempahan Loket kami dibuat dengan teliti dan berkualiti tinggi. 100% hasil kerja tangan seni menjadikan ianya lebih ‘berharga’

  2. Rekaan Customade:  Hargai orang tersayang dengan koleksi rekaan customade. Terdapat pelbagai koleksi rekaan loket yang sesuai untuk kenangan teristimewa dalam hidup anda.

  3. Kemudahan Beli Online: Nikmati keselesaan menempah loket dari keselesaan rumah anda dengan pembelian online yang pantas dan selamat.

  4. Jaminan Kepuasan Pelanggan: Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Kami berjanji untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang memenuhi harapan anda.

Sama ada anda meraikan peristiwa penting atau meraikan cinta anda, barang kemas keluaran Versagold bukan sekadar perhiasan – ia adalah simbol detik yang paling indah untuk anda.

Lawati Kedai Versagold hari ini dan lihat koleksi Loket yang mendapat tempat di hati peminat.

Shopping Cart
Scroll to Top